بسم الله الرحمن الرحيم
KANDUNGAN RISALAH
PUASA
Ertinya
Dalil
Wajib
Puasa
Sah
Puasa
Rukun
Puasa
Membatalkan
Puasa
Pantang-larang
puasa
Sunat-sunat
Puasa
Golongan
Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa
Bacaan
Niat Puasa
Bacaan
Hendak Berbuka Puasa
SEMBAHYANG TARAWIH
Hukum
Sembahyang Tarawih
Waktu
Sembahyang Tarawih
Rakaat
Sembahyang Tarawih
Lafaz
Niat Sembahyang Tarawih
Rukun
Sembahyang Tarawih
SEMBAHYANG WITR
Sembahyang
Sunat Witr
Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih
Muslim
Kelebihan
Ramadan
Kelebihan
berpuasa
Akhlaq
sewaktu berpuasa
Kelebihan
bersahur
Kelebihan
menyegerakan berbuka
Kelebihan
Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadan
Kelebihan
Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Ganjaran
untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Beri’tikaf
pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Menambahkan
amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Makan
dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Tidak
Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub
Janganlah
berpuasa sehari dua sebelum Ramadan
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah
Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan
puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam
sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Bermaksud: Hai orang-orang yang
beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa
1)
Islam
2)
Mukalaf
3)
Berkuasa/Mampu
untuk berpuasa, tidak uzur
4)
Telah
melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan
bulan Sya’ban 30 hari.
1)
Beragama
Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2)
Suci
dari haid dan nifas.
3)
Sempurna
akal fikirannya sepanjang hari itu.
4)
Bukan
pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari
Syak (30hb Sya’ban).
1)
Niat,
di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2)
3)
Meninggalkan
semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai
terbenamnya matahari.
Sekiranya
1)
Memasukkan
benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau
lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2)
Muntah
dengan sengaja.
3)
Mengeluarkan
mani dengan sengaja.
4)
Haid
atau nifas.
5)
Bersetubuh
di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu
diwajibkan membayar kifarah).
6)
Murtad
(keluar dari Islam).
7)
Gila
(hilang akal).
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa
tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1)
Berdusta,
berbohong.
2)
Mengumpat,
mengata orang.
3)
Membuat
sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4)
Melihat
benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5)
Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap
dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam
meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar
menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan
diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)
1)
Menyegerakan
berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman:
Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2)
Makan
sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu
berkat, oleh kerana itu jangan kamu
tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati
orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3)
Melambatkan
makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4)
Berbuka
dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5)
Memperbanyakkan
membaca Al-Quran.
6)
Memperbanyakkan
sedekah.
7)
Beriktikaf
siang hari dalam masjid.
8)
Menghadiri
majlis-majlis ilmu.
9)
Menyediakan
makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10)
Jangan
bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya
matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
1)
Orang
yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2)
Orang
sakit, wajib di qada’.
3)
Ibu
yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan
jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.
1)
Lafaz
niat puasa Fardhu Ramadhan
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
“Sahaja aku
berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.
اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت، اللهم تقبل مني إنك أنت السميع العليم
“Ya Tuhanku,
keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku
berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih,
Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)
a)
Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi
dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam
bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b)
Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat
sembahyang orang-orang Islam.
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan
sembahyang Fardhu Isya’.
a)
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya
menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b)
Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih
dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c)
Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau
menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang
Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak
itu.
d)
Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada
tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap
rakaat yang dikehendaki.
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat
ma’mum kerana Allah Taala
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan
rukun sembahyang yang lain juga.
a)
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat
sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara
berjamaah.
b)
Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c)
Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i-
bagi dua rakaat yang pertama:
dua rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
satu rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ
الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Bermaksud: Sahaja
aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.
Bermaksud: Sahaja
aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.
d)
Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca
[doa] Qunut pada rakaat yang akhir.
Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah
disunatkan Sujud Sahwi.
ara
hadits yang agung yang menunjukkan keutamaan bulan
Ramadhan adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين” رواه البخاري ومسلم واللفظ له
“
Jika telah datang bulan Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan setan-setan dibelenggu” [Muttafaqun ‘alaihi]
“إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين” رواه البخاري ومسلم واللفظ له
“إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين” رواه البخاري ومسلم واللفظ له
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ
الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ
يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ
مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِيْ مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا
بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ
كُلَّ لَيْلَةٍ
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba
bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta
syaitan-syaitan dibelenggu
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa
yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan
Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Diriwayatkan
daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di
dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa
akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk
bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah
orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.
Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup
kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya
Diriwayatkan
daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap
hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka
sejauh perjalanan tujuh puluh tahun
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang
daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang
perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh
seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa,
sesungguhnya hari ini aku berpuasa
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang
tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak
inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak
menerima puasanya)
Diriwayatkan
daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur
kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya
Diriwayatkan
daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang
itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka
puasa
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w.
mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu
dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala
dosa yang dilakukannya sebelum itu
Diriwayatkan daripada Saidatina
Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada
sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam
Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan
diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Diriwayatkan
daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf
pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan
daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada
sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang
terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus
menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah
Diriwayatkan
daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit
dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah
kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang
yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa
Diriwayatkan
oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari
pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang
sunat terawih pada bulan Ramadan:
Malam 1
- keluar dosa-dosa orang mukmin pada
malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan
dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya
(sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - berseru
Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus
menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi
pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,
Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 - Allah
kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid
Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah
kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur
(70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih pada malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah
ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang
musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah
mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah
kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad
S.A.W.
Malam 10 - Allah
swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar
ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 - Datang
ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang
ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan
keburukan.
Malam 14 - Datang
Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya
pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua
Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya
Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah
swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah
kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala
Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru
Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu
bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah
swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah
kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang
solihin.
Malam 21 - Allah
binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 - Datang
ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah
dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 - Allah
swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 - Allah
bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok
sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah
Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 - Allah
kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun
ibadat.
Malam 27 - Allah
kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas
atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah
swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah
swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali
haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah
swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai
hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,
serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
yang bernama ‘Al-Kauthar’”.
kutipan : http://setengahbaya.info/arsip/kandungan-risalah.html